RSS

Arsenal Buat Manchester City Derita


LONDON: Arsene Wenger memberi amaran kepada musuh yang ditentang Manchester City betapa keputusan seri adalah sesuatu yang tidak cukup bagus untuk mereka minggu ini.


“Apa yang dapat saya pastikan keputusan seri untuk mereka sudah pasti tidak bagus,” kata Wenger. “Memang benar dalam dua musim sebelum ini, mereka hadir ke sini untuk mencari keputusan seri, dan memperolehnya tetapi saya percaya ketika ini, kedua-dua pasukan berada dalam situasi perlu menang. “Malangnya kami tidak terbabit dalam pemburuan kejuaraan dan akan membiarkan mereka menyelesaikan masalah itu sendiri walaupun United kini ada kelebihan.”


Arsenal fokus untuk memastikan mampu menamatkan musim di depan Tottenham dan mengukuhkan kedudukan ketiga dalam liga bagi menjamin tiket automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.


The Gunners tersentak dengan kekalahan mengejut kepada QPR minggu lalu yang menamatkan deretan tujuh kemenangan tetapi kekal di depan Spurs menerusi perbezaan gol. - AFP


 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors