RSS

United Menang 2-0 Menentang QPR | Manchester United Masih Menerajui Tangga Teratas EPL


MANCHESTER: Manchester United mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila jaringan Wayne Rooney dan Paul Scholes memastikan kemenangan 2-0 ke atas QPR yang beraksi dengan 10 pemain di Old Trafford sebentar tadi.


Pasukan pelawat terpaksa menanggung derita apabila Shaun Derry dilayangkan kad merah kerana "mengasak" Ashley Young, walaupun pemain United itu sudah pun ofsaid dan hanya disentuh kapten QPR itu, di kotak penalti ketika permainan baru berlangsung 13 minit. Rooney merembat masuk sepakan penalti itu untuk gol ke-30 musim ini.


Scholes memastikan kemenangan milik United dengan jaringan pada minit ke-68. - AFP


 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors