RSS

Inter Milan Bakal Melepaskan Sneijer Pergi Ke United?


Jurulatih Inter Milan, Leonardo, memaculkan tanda tanya besar tentang masa depan Wesley Sneijder di Giuseppe Meazza.

Playmaker yang berasal dari Belanda itu telah lama dikatakan menjadi rebutan Manchester United. Namun, Leonardo ternyata tidak sesekali pon berusaha menghalang yang berkemungkinan sneijer akan berpindah tersebut.

Inter adalah pasukan yang mana pemainnya berkualiti. Kini kami harus melihat siapakah di antara mereka yang ingin bertahan dan membantu kami meraih lebih.

La Stampa, salah satu media akhbar paling berpengaruh dan terlaris di Itali, meyakini pernyataan tersebut menunjukkan Leo tidak keberatan melepaskan Sneijder ke Old Trafford. Walaupun ianya akan terjadi, pastinya dengan nilai yang tinggi.
Continue Reading... Labels: , , , ,


Alex Ferguson Dalam Dilema


MICHAEL OWEN (dua dari kiri) menerima pujian daripada rakan-rakan selepas meledakkan gol keempat United ketika menewaskan Blackpool 4-2 awal pagi semalam.
MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson berada dalam dilema menjelang aksi final Liga Juara-Juara menentang Barcelona di Stadium Wembley, Ahad ini.

Ketika ini, Ferguson sukar untuk membuat keputusan dalam menentukan pemain mana yang bakal diturunkan pada aksi penting itu.

United menutup saingan Liga Perdana England musim ini dengan kemenangan 4-2 ke atas Blackpool di Old Trafford awal pagi semalam sekali gus menyebabkan lawan mereka itu tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan.

Kemenangan tersebut membolehkan United menamatkan saingan dengan sembilan mata melebihi pasukan di tangga kedua yang juga juara musim lalu, Chelsea.

Ia telah menjadikannya margin terbesar sejak pasukan itu menamatkan saingan dengan 10 mata mengatasi Arsenal pada musim 2000/01.

Pada aksi menentang Blackpool itu, Ferguson telah melakukan sembilan perubahan pada kesebelasan utamanya berbanding ketika bertemu Blackburn minggu lalu.

Lantas ia membuatkan Ferguson pening kepala memilih kesebelasan terbaik untuk menundukkan Barcelona.

Saya rasa saya mampu untuk memilik empat atau lima set kesebelasan utama untuk bertemu Barcelona nanti dan saya yakin mereka tidak akan menghampakan,” kata Ferguson.

Edwin van der Sar, Patrice Evra, Nemanja Vidic, Darren Fletcher dan Park Ji-Sung kesemuanya turun pada aksi menentang Blackpool itu dan mereka dijangka akan menjadi nadi utama United bagi menghadapi Barcelona.

Rio Ferdinand, Wayne Rooney dan Antonio Valencia yang diletakkkan di bangku simpanan pada aksi terakhir itu turut dijangka akan berada dalam kesebelasan utama awal pagi Ahad ini.

Para pemain telah menampilkan aksi terbaik dan mereka layak untuk bergelar juara. Sasaran kami adalah untuk melakukan yang terbaik.

Memang terdapat juga persembahan mengecewakan apabila kami beraksi di tempat lawan tetapi setiap kali aksi di laman sendiri, kami akan tampil dengan baik sekali,” jelas Ferguson. – AFP

Sumber : Kosmo! Online
Continue Reading... Labels: ,


Manchester United Salah Satu Pasukan Terbaik Dunia - Pep Guardiola


Menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2010/11 antara Manchester United dan juga Barcelona, jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, melontarkan pujian kepada United, yang menurutnya merupakan salah satu pasukan terbaik di dunia.

Perlawanan akhir di Webley pada 28 Mei mendatang, adalah ulangan perlawanan Liga Juara-Juara 2 tahun lepas di Roma. Barcelona menang mudah dengan mencatat 2-0 keatas United pada waktu itu.

kekuatan mereka setara. Mereka kuat, kompetitif, dan boleh bermain dengan empat atau lima formasi berbeza dan tetap kompetitif.

Mereka salah satu pasukan terbaik di dunia, bukan hanya tahun ini sahaja. Kami bangga boleh menghadapi mereka,” tambahnya.“Saya rasa ini akan menjadi final yang bagus, tetapi Anda tidak pernah tahu apa yang akan terjadi. Kami harus berusaha dan bersiapsedia apa yang akan dilakukan oleh Manchester. Mereka adalah pasukan yang akan bertahan di wilayah sendiri bila diperlukan.”
Continue Reading... Labels:


Manchester United NEW Home kit 2011/12.








Jersey Home Manchester United untuk musim 2011/12 merupakan reka bentuk gabungan dari klasik dan juga moden. Reka bentuk tersebut terinspirasi oleh sejarah kelab tersebut.

Tubuh kemeja berwarna merah tradisional dengan leher berwarna putih meniru rekabentuk kelab bar retro, yang sebelum ini pernah dipakai satu ketika dahulu (pada tahun 1977 dan Pemenang Piala FA 1985) dan pada bagian belakang stoking yang dikenakan oleh para pemenang tahun 2008 Barclays Premier League dan UEFA Champions League.

Untuk maklumat lanjut, sila lawari store.manutd.com untuk mengetahu lebih lanjut baju tersebut dan akan dijual di pasaraya termasuk Megastore di Old Trafford mulai hari Juma'at 3 June 2011
Continue Reading... Labels: ,


Musim 10/11 Antara Yang Terbaik Sepanjang Berkhidmat Di United - Fergie


Alex Ferguson
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengatakan kejayaan meraih gelaran juara Liga Perdana Inggris musim ini adalah sesuatu yang paling baik sepanjang kariernya mengendalikan The Red Devils.


United unggul dengan 9 mata dihadapan Chelsea, sebagai yang terbaik sejak 2001.


Chelsea memang menjadi pesaing terkuat United sejak kelab asal London itu dimiliki pengusaha asal Rusia, Roman Abramovich. The Blues baru sahaja memecat Carlo Ancelotti setelah kalah 1-0 di tangan Everton.


"Saya rasa musim ini adalah yang terbaik sepanjang di united. Para pemain tampil sangat menonjol, dan saya bangga dengan mereka," ujar Fergie kepada wartawan.


"Ada banyak penampilan hebat sepanjang musim ini. Kami mampu meraih gelaran paling banyak dibandingkan dengan kelab di negara ini. Pastinya, ini menjadi kebanggaan dan sejarah bagi kami. Ini prestasi yang luar jangkaan."


"Saya boleh katakan semua berbeza, perlawanan dimulakan. Tapi, akhirnya kami boleh membuktikan sebagai pasukan terbaik di musim ini."


"Bahkan juga kami boleh mengalahkan Chelsea, musuh tradisi kami, sebanyak empat kali."
Continue Reading... Labels: , ,


United Dan Chelsea Merebut Luka Modric


luka modric
Manchester United dan juga Chelsea, dikhabarkan tertarik terhadap penyerang Tottenham Luka Modric.

Modric dikatakan ingin meninggalkan kelab tersebut setelah Tottenham gagal untuk beraksi di Liga Juara pada musim depan. The Red Devils paling berpeluang mendapatkan Modric pada perpindahan musim panas ini. Sir Alex Ferguson sudah menghubungi perwakilan Tottenham, dengan menukarkan Dimitar Berbatov sebagai gantinya.

Sebelum bergabung ke Old Trafford, Berbatov merupakan salah satu pemain penting di White Hart Lane.

Pengurus Tottenham, Harry Redknapp memang sedang memerlukan pemain berpengalaman didalam skuadnya, namun ia harus menjual terlebih dahulu sejumlah pemainnya ketika ini.
Continue Reading... Labels: , , ,


Manchester United Mengheret Blackpool Kembali Ke Divisyen 2



J.S Park menjaringkan gol pertama buat united

Manchester United menutup Liga Perdana Inggris pada musim ini dengan mengalahkan Blackpool 4-2 di Stadium Old Trafford, malam tadi. Dengan kemenengan Manchester United tadi, sekaligus mengheret Blackpool kembali ke divisyen 2.

Kekalahan itu membuat Blackpool berada di tangga 19 dengan jumlah mata sebanyak 39. Blackpool merupakan pasukan promosi musim lalu. Sementara United kukuh di atas dengan keunggulan sembilan mata di depan Chelsea.

Walaupon kemenangan akhir pertandingan ini tidak mempengaruhi kedudukan United, pasukan United tidak memberi laluan kepada Blackpool. United ingin memberikan kegembiraan bagi penyokongnya yang hadir di Old Trafford.

United berjaya mengungguli dahulu dengan menjaringkan gol pada minit ke-21 melalui Park Ji Sung. Setelah menerima umpan dari Dimitar Berbatov, pemain asal Korea Selatan itu memasukkan bola ke dalam melepasi penjaga golnya, Matthew Gilks.

Lima minit sebelum separuh masa pertama berakhir, Blackpool berhasil menyamakan kedudukan melalui tendangan bebas Charlie Adam. Tendangan bebas diberikan kepada Blackpool akibat pelanggaran yang dilakukan oleh Nemanja Vidic.

Diseparuh masa kedua kedua, Blackpool mencuba mengasak pertahanan United dengan serangan laju. Tendangan bebas Adam nyaris melepasi gawang Edwin van der Sar pada minit ke-48, tapi kali ini penjaga gol United itu mampu menggagalkannya.

Blackpool terus mengasak apabila Gary Taylor-Fletcher membawa pasukan Ian Holloway ini unggul pada minit ke-57. Dengan menyambut umpan David Vaughan, Taylor-Fletcher merembat untuk dan melepasi gawang tuan rumah.

Gol itu membuat peminat Blackpool yang berada di Old Trafford bersorak kegirangan. Namun, peminat pasukan Blackpool kembali senyap enam minit kemudian setelah rembatan Anderson tidak boleh ditangkap Gilks.

Peminat Blackpool semakin membisu ketika Ian Evatt melakukan gol bunuh diri pada minit ke-74 setelah ia salah menjangka umpan silang pemain pengganti Chris Smalling. Evatt nyaris membayar kesalahannya lima minit kemudian, namun boleh digagalkan Van der Sar.

Blackpool terus diasak ketika Michael Owen menjaringkan gol keempat United pada minit ke-81, sekaligus menutup perlawanan dengan kemenangan 4-2.
Continue Reading... Labels: , ,


Ancelloti Di Pecat


Seperti dijangka, Chelsea memecat pengurusnya, Carlo Ancelotti, setahun selepas lelaki dari Itali itu menerajui Blues hingga muncul selaku juara berganda dalam liga dan Piala FA.

Chelsea yang melengkapkan lagi siri kekecewaannya dalam Liga Perdana musim ini apabila tewas 1-0 kepada Everton, hanya mampu menduduki tangga kedua dengan sembilan mata di belakang juara, Manchester United dan mendahului Manchester City dengan perbezaan gol.

Dua jam selepas perlawanan, kelab itu mengeluarkan satu kenyataan melalui laman webnya, www.chelseafc.com.

Chelsea Football Club mengesahkan bahawa Carlo Ancelotti sudah tidak lagi bersama kelab hari ini (awal pagi tadi)".- Reuters

sumber- Hmetro
Continue Reading... Labels: , , ,


 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors