Alex Ferguson |
United unggul dengan 9 mata dihadapan Chelsea, sebagai yang terbaik sejak 2001.
Chelsea memang menjadi pesaing terkuat United sejak kelab asal London itu dimiliki pengusaha asal Rusia, Roman Abramovich. The Blues baru sahaja memecat Carlo Ancelotti setelah kalah 1-0 di tangan Everton.
"Saya rasa musim ini adalah yang terbaik sepanjang di united. Para pemain tampil sangat menonjol, dan saya bangga dengan mereka," ujar Fergie kepada wartawan.
"Ada banyak penampilan hebat sepanjang musim ini. Kami mampu meraih gelaran paling banyak dibandingkan dengan kelab di negara ini. Pastinya, ini menjadi kebanggaan dan sejarah bagi kami. Ini prestasi yang luar jangkaan."
"Saya boleh katakan semua berbeza, perlawanan dimulakan. Tapi, akhirnya kami boleh membuktikan sebagai pasukan terbaik di musim ini."
"Bahkan juga kami boleh mengalahkan Chelsea, musuh tradisi kami, sebanyak empat kali."