RSS

Ancelloti Di Pecat


Seperti dijangka, Chelsea memecat pengurusnya, Carlo Ancelotti, setahun selepas lelaki dari Itali itu menerajui Blues hingga muncul selaku juara berganda dalam liga dan Piala FA.

Chelsea yang melengkapkan lagi siri kekecewaannya dalam Liga Perdana musim ini apabila tewas 1-0 kepada Everton, hanya mampu menduduki tangga kedua dengan sembilan mata di belakang juara, Manchester United dan mendahului Manchester City dengan perbezaan gol.

Dua jam selepas perlawanan, kelab itu mengeluarkan satu kenyataan melalui laman webnya, www.chelseafc.com.

Chelsea Football Club mengesahkan bahawa Carlo Ancelotti sudah tidak lagi bersama kelab hari ini (awal pagi tadi)".- Reuters

sumber- Hmetro


 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors