RSS

kagawa rehat 4 minggu



LONDON: Pemain tengah Manchester United, Shinji Kagawa tidak akan dapat beraksi selama empat minggu kerana kecederaan lutut, kata pengurus Alex Ferguson, semalam.
Pemain antarabangsa Jepun itu digantikan pada masa rehat dalam perlawanan yang menyaksikan United menang 3-2 ke atas Braga dalam saingan Liga Juara-Juara, Selasa lalu.

“Shinji Kagawa tidak akan dapat beraksi selama empat minggu,” kata Ferguson kepada wartawan.
“Ia membabitkan kecederaan lutut, sama seperti yang dialami Ashley Young tapi tidak seburuk itu. Saya fikir beraksi dalam kecederaan tidak membantunya walaupun dia mahu terus bermain. Dia amat kecewa kerana kecederaan itu.” Kecederaan itu bermakna Kagawa tidak dapat diturunkan bagi pusingan kelayakan Piala Dunia ketika Jepun berkunjung ke Oman pada 14 November.

Sementara itu, pertahanan, Chris Smalling dan Phil Jones semakin hampir untuk mewakili kesebelasan utama selepas tidak beraksi pada permulaan musim kerana kecederaan.

“Smalling sudah kembali berlatih,” kata Ferguson. “Phil Jones sudah pasti akan memulakan latihan penuh minggu ini dan diharapkan keadaan akan menjadi lebih baik. Kehadiran semula Smalling terutamanya, satu bonus besar buat kami.” Selain daripada itu, pemain lain boleh diturunkan untuk perlawanan menentang Chelsea, esok. - Reuters


 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors