RSS

kelebihan buat united


Manchester United F.C.

LONDON: Manchester United mempunyai kelebihan ke atas Chelsea dan Manchester City dalam perebutan takhta Liga Perdana musim ini, kata penjaga gol Stoke, Asmir Begovic.
Pemain antarabangsa Bosnia itu berhak untuk membuat penilaian membabitkan kedua-dua pasukan pencabar takhta itu selepas berdepan dengan semua tiga perlawanan sukar dalam kempen yang dihadapi Stoke.

Selepas mengikat City dan tewas tipis kepada Chelsea, pasukan Begovic tewas 2-4 di Old Trafford hujung minggu lalu.
“United mengagumkan saya bagi sebahagian besar musim,” katanya. “Mereka mempunyai ramai pemain berbakat di bahagian serangan. Kesemua empat pemain barisan depan dalam pasukan itu, termasuk Danny Welbeck dan Antonio Valencia, sangat berbahaya.” Begovic turut kagum dengan pemain Chelsea, Juan Mata dan pemain yang khidmatnya ditandatangani pada musim panas, Eden Hazard apabila mengumpul lima gol di samping mencipta 10 gerakan yang menghasilkan gol dalam tujuh perlawanan liga mereka beraksi bersama.

Rakan sepasukan antarabangsanya, Edin Dzeko yang menjaringkan kedua-dua gol City ketika menang 2-1 ke atas West Brom hujung minggu lalu selepas dimasukkan sebagai gantian - turut dikenal pasti sebagai ancaman utama City.

“City mempunyai banyak pemain berbakat dalam skuad mereka, jadi sukar untuk beraksi dalam kesebelasan utama, tapi persembahan Edin membuktikan dia memang berhak diturunkan. Jika dia terus melakukannya secara kerap, dia mungkin boleh berada dalam kesebelasan utama, saya fikir dia antara lima penyerang terkemuka dunia.” Pendahulu Chelsea akan menjadi tuan rumah kepada Manchester United, esok yang membabitkan pertarungan dua tempat teratas yang juga menyaksikan penjaring terbanyak liga berentap.
Blues belum tewas dalam saingan Liga Perdana manakala United terpisah empat mata selepas tumpas kepada Everton dan Tottenham. Anak buah Alex Ferguson akan berdepan tugasan sukar, memenangi hanya satu daripada 12 kunjungan mereka ke Stamford Bridge dalam semua pertandingan.

Penyerang United, Wayne Rooney dan Robin van Persie sudah menyumbang tiga gol dan lima bantuan dalam hanya dua perlawanan liga mereka bermula bersama-sama dan Begovic berasa kedua-dua pemain itu akan membentuk gandingan mantap.
Selepas tewas dua kali kepada Rooney dan sekali oleh penyerang Belanda itu minggu lalu, Begovic berkata: “Bermain menentang mereka sentiasa sukar dan tampak seperti kedua-duanya sudah mempunyai aura bersama. Sebarang kesilapan yang kami buat akan dihukum.” Dalam lapan perlawanan liga, United sudah meraih 11 gol lima lebih daripada Chelsea dan kelebihan dua jaringan berbanding City. - Agensi


 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors